Tragedi kepala air: Mayat ketujuh ditemukan

Satu lagi mayat dipercayai mangsa lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 7.45 pagi tadi.
Satu lagi mayat dipercayai mangsa lemas dalam tragedi kepala air di Jeram Air Putih, Kemaman dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 7.45 pagi tadi.
A
A
A

KEMAMAN - Satu lagi mayat ditemukan dipercayai mangsa lemas yang dihanyutkan kepala air ketika berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih, di sini pada Ahad, sementara tiga yang lain dikhuatiri masih hilang.

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Azman Alias berkata, mayat tersebut dijumpai penduduk kampung kira-kira jam 7.45 pagi tadi.

"Mayat dijumpai sekitar 12 kilometer dari lokasi kejadian.

"Mayat dibawa naik dari sungai jam 8.15 pagi tadi dan dibawa ke Pusat Kawalan Operasi SAR Balai Polis Air Putih," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini pada Selasa.

Bagaimanapun, identiti belum disahkan secara rasmi oleh pihak berkuasa kerana pengecaman mayat belum dibuat oleh waris.

Difahamkan lokasi penemuan mayat itu di belakang Masjid Dadong dipercayai perempuan.

Pada Ahad, 10 individu dengan sembilan daripadanya sekeluarga berasal dari Felda Lepar Hilir, Kuantan, Pahang datang berkelah di Jeram Air Putih, Kampung Air Putih pada Sabtu sebelum dihanyutkan arus deras kepala air.

Pada Isnin, Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan mengesahkan enam mayat yang ditemukan adalah mangsa tragedi tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN:Dua lemas, lapan lagi masih hilang dihanyutkan kepala air

Ancaman kepala air, operasi SAR kesan 8 lagi mangsa dihentikan awal

Terkejut, tak percaya keluarga kakak terlibat tragedi kepala air

Tragedi kepala air: Identiti lapan individu dikenal pasti

Tragedi kepala air: Operasi SAR disambung kesan lapan lagi mangsa