X

Kindly register in order to view this article
!

Tun M beri kiasan, pesawah tak pilih kerja: Exco

Capture
A
A

KUALA KURAU - Pesawah di negara ini perlu bersikap positif dan berfikir di luar kotak terhadap kenyataan Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap cadangan agar pesawah menanam padi pada waktu malam.

Exco Kemudahan Awam Infrastruktur, Pertanian dan Perladangan Perak, Abdul Yunus Jamhari berkata, nasihat berbentuk kiasan disampaikan Dr Mahathir perlu diterima secara positif bagi membolehkan pesawah dan rakyat negara ini lebih kreatif dalam mengusahakan bidang pertanian diceburi tanpa terkekang dengan batasan waktu dan cuaca.

Menurutnya, cadangan tokoh negarawan itu juga perlu diberi perhatian kerana beliau mahukan lebih ramai rakyat negara ini menyertai pelbagai sektor pekerjaan tanpa mengira latar belakang pendidikan.

"Kenyataan Dr Mahathir pada saya bukannya disampaikan secara literal mahu memaksa pesawah melakukan kerja pertanian pada waktu malam.

"Tidak kira siang atau malam, cuaca sejuk atau panas, peluang pekerjaan yang ada tidak boleh dilepaskan kepada pekerja asing biarpun jenis pekerjaan itu tergolong bidang kerja kotor, bahaya dan susah (3D).

"Jika rakyat negara ini masih bersikap memilih pekerjaan ditawarkan, nescaya negara kita akan mundur sebaliknya negara-negara pekerja asing ini pula akan semakin maju," katanya kepada media selepas menyampaikan sumbangan bantuan kepada 11 keluarga mangsa ribut dan dua keluarga mangsa kebakaran di Pusat Khidmat ADUN Kuala Kurau di sini hari ini.

Abdul Yunus berkata, nasihat Dr Mahathir juga bertujuan memberi motivasi kepada rakyat negara ini yang masih menganggur agar tidak bersikap memilih kerja dan suka bergantung kepada bantuan kerajaan.

Dalam perkembangan lain, Abdul Yunus yang juga ADUN Kuala Kurau menggerakkan semua jawatankuasa jawatankuasa pengurusan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) mengumpulkan data dan maklumat senarai fakir miskin, warga emas, anak-anak yatim dan ibu tunggal untuk diberikan bantuan menjelang bulan Ramadan ini.

"Kita menyasarkan seramai 500 penerima bantuan akan diberi bantuan dalam berbentuk makanan, pakaian dan wang tunai," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!