Gantung lesen jika jual benih padi sah lebih harga maksimum

Pengeluar, pemborong dan peruncit berdepan dengan tindakan penggantungan lesen jika didapati menjual benih padi sah melebihi harga maksimum. - Gambar hiasan
Pengeluar, pemborong dan peruncit berdepan dengan tindakan penggantungan lesen jika didapati menjual benih padi sah melebihi harga maksimum. - Gambar hiasan
A
A
A

PUTRAJAYA - Pengeluar, pemborong dan peruncit berdepan dengan tindakan penggantungan lesen jika didapati menjual benih padi sah melebihi harga maksimum.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) menerusi kenyataan memaklumkan, pengeluar atau pemborong hendaklah memastikan penjualan benih padi sah tidak melebihi daripada kuota yang telah diberikan.

"Harga dijual kepada peruncit tidak boleh melebihi harga maksimum yang telah ditetapkan iaitu RM31 setiap kampit 20kg jualan benih di pintu kilang manakala harga maksimum RM32 per kampit 20kg termasuk pengangkutan," kata kementerian itu pada Khamis.

Ujar KPKM, jualan benih padi sah pada peringkat runcit kepada pesawah hendaklah dijual tidak melebihi harga maksimum iaitu RM35 per kampit 20kg.

"Kegagalan untuk melaksanakan arahan ini dan mematuhi Akta Kawalan Padi dan Beras 1994 [Akta 522], kementerian melalui kuasa Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras berhak untuk membatalkan atau menggantung setiap lesen yang telah dikeluarkan," kata KPKM.

Tegas KPKM, bekalan benih padi sah hanya dikeluarkan oleh pengeluar yang dilantik kerajaan.

Ianya mempunyai mekanisme kawalan ke atas pengeluaran dan pemasaran benih padi sah sepertimana termaktub di dalam Perintah Tetap Ketua Pengarah Kawalselia Padi dan Beras Bilangan 1/2021: Kawalan Kerajaan Ke Atas Pengeluaran Dan Pemasaran Benih berkuatkuasa 11 November 2021.

Artikel Berkaitan: