Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Laporan Sinar Harian mengenai pendaki Everest dari Malaysia yang meninggal dunia dan dilaporkan hilang.
Laporan Sinar Harian mengenai pendaki Everest dari Malaysia yang meninggal dunia dan dilaporkan hilang.
A
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Luar Negeri kini menggerakkan misi bagi membantu dua rakyat Malaysia yang meninggal dunia dan dilaporkan hilang di Everest.

Wisma Putra dalam satu kenyataan pada Sabtu memaklumkan, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu sedang menghulurkan bantuan yang sewajarnya untuk membawa turun jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Kedah, Leftenan Kolonel (PA) Awang Askandar Ampuan Yaacob dari Gunung Everest ke hospital di Kathmandu bagi tujuan bedah siasat dan pengurusan jenazah.

“Kementerian Luar Negeri ingin mengesahkan Awang Askandar telah meninggal dunia pada hari Jumaat, 19 Mei 2023 semasa dalam Misi Malaysia Everest 2023.

"Ekspedisi tersebut disertai oleh beliau bersama dengan tiga orang pendaki dan seorang pasukan sokongan.

“Kementerian Luar Negeri menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan para solihin,” menurut kenyataan itu.

Pada masa sama, Wisma Putra turut mengesahkan kehilangan Muhammad Hawari Hashim, salah seorang peserta ekspedisi tersebut yang juga merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Beliau dipercayai telah berjaya sampai di puncak Gunung Everest dan telah bergerak turun selepas itu, namun masih belum dapat dikesan sehingga kini.

“Wakil Kedutaan sedang berhubung rapat dengan pihak berkuasa tempatan yang sedang giat menjalankan usaha pencarian mangsa di sekitar kawasan tersebut.

"Sebarang perkembangan terkini misi pencarian akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest