Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Mohd Noor
Mohd Noor
A
A
A

SHAH ALAM - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) berkemungkinan berdepan beberapa cabaran untuk mencari pendaki rakyat Malaysia, Muhammad Hawari Hashim yang hilang di Gunung Everest pada Sabtu.

Cabaran utamanya adalah faktor cuaca yang sentiasa berubah selain kawasan berkabus dan juga keadaan persekitaran gunung yang mencabar.

Pendaki solo, Mohd Noor Mat Amin, 57, berkata, keadaan cuaca tidak menentu seperti hujan salji disebabkan suhu sehingga -30 Celsius dan angin kencang menyebabkan mangsa yang terjatuh atau tergelincir sukar untuk dijumpai.

“Jika berlaku hujan salji dan angin kencang, ia akan menyusahkan lagi misi mencari dan menyelamat. Akan mengambil masa yang sangat lama untuk mencari.

“Kawasan berkabus pula akan menyebabkan penglihatan anggota yang mencari itu terhad. Kalau berkabus, kita tidak nampak. (Walaupun) dekat sahaja seperti 10 meter, sudah tidak nampak.

“Selain itu, jarak ketinggian mangsa jatuh antara faktor yang menyumbang dalam cabaran mencari dan menyelamat,” katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan Pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023) orang kurang upaya (OKU) pendengaran, Muhammad Hawari yang berjaya menawan puncak Everest (8,848 meter dari paras laut) pada Khamis dilaporkan hilang pada Sabtu.

Perkara itu disahkan Ketua Misi Ekspedisi, Azim Afif Ishak ketika dihubungi Bernama TV dan operasi pencarian masih dijalankan.

Muhammad Hawari, 33, dipercayai hilang ketika menuju ke Kem 3 selepas berjaya menawan puncak Everest pada Khamis lalu.

Mohd Noor juga merupakan Pengarah Index Adventure iaitu agensi pelancongan yang membawa pendaki gunung berkata, kebarangkalian bagi mangsa diselamatkan adalah hanya 50 peratus sahaja.

Menurutnya, had tempoh pencarian mangsa pula adalah dalam masa tiga hari sahaja memandangkan kadar oksigen di Gunung Everest hanya 20 peratus sahaja iaitu dalam kategori sangat rendah.

“Jika tidak, mangsa akan mati disebabkan oksigen di sana rendah. Ia menyebabkan mereka sukar untuk mendapatkan oksigen sekiranya tong oksigen telah habis,” ujarnya.

Bercerita mengenai mangsa yang hilang sebelum ini di gunung tertinggi dunia itu, Mohd Noor berkata, seorang mangsa masih lagi tidak dijumpai sejak 1997 misteri kehilangan itu berlaku.

Tambahnya yang sudah mendaki sebanyak 20 kali Gunung Everest di bahagian ‘camp base’, terdapat tiga punca yang berkemungkinan menyebabkan seseorang tersebut terjatuh.

"Antaranya adalah seseorang itu terlalu penat, tersilap memegang tali untuk berpaut dan juga kemudahan yang terdapat di situ.

“Kemudahan ini maksudnya seperti tali tidak kuat dan sebagainya. Cuaca juga salah satunya,” jelasnya

Berkongsi mengenai tempoh persiapan untuk mendaki Gunung Everest, Mohd Noor berkata, sekurang-kurangnya mengambil masa minimum dua tahun bagi seseorang itu bersedia sepenuhnya.

“Dua tahun ini merangkumi fizikal dan juga kecerdasan. Latihan ini memang sangat penting bagi mempersiapkan diri mendaki gunung tinggi ini,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest