Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.
A
A
A

PAPAR - [DIKEMASKINI] Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) bersedia membantu membawa pulang jenazah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Leftenan Kolonel Awang Askandar Ampuan Yaacub pulang ke tanah air.

Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ini termasuk usaha pihaknya untuk memenuhi hasrat keluarga Allahyarham yang ingin jenazah dikebumikan di kampung halamannya di Benoni di sini.

"Yang paling penting sekarang ini adalah untuk kita bekerjasama rapat dengan anggota keselamatan di Nepal supaya mereka dapat membantu kita bawa jenazah turun ke base camp seterusnya kita membantu membawa jenazah balik ke Malaysia dan terus ke Kampung (Benoni) untuk proses pengebumian.

"Setakat ini, kita difahamkan bahawa urusan untuk membawa turun jenazah dari puncak Everest mengambil masa lebih kurang tiga hari. Satu operasi menyelamat yang agak mencabar.

"Pihak kedutaan kita di Nepal telah bekerjasama dengan pasukan yang bertanggungjawab di sana untuk membantu mempermudah proses," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Aidilfitri Parlimen Papar dan Dewan Undangan Negeri Kawang di Sekolah Menengah Kebangsaan Pengalat di sini pada Sabtu.

Awang Askandar, 56, meninggal dunia ketika misi pendakian Gunung Everest di Himalaya dan perkara itu disahkan oleh Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed selepas menerima makluman daripada Chef De Mission misi Malaysia Everest 2023 Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor.

Mohd Armizan menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham dan menyifatkan pemergiannya sebagai amat mendukacitakan yang turut memberi kesan kepada seluruh anggota APM.

"APM merupakan antara agensi di bawah kawal selia saya. Di JPM, kita tahu Allahyarham merupakan seorang individu yang amat komited. Hasrat beliau untuk menakluki Everest sudah sekian lama.

"Tahun lepas pun beliau pergi dan sebelum berangkat, beliau sempat bertemu dengan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan tahun ini, sebenarnya sebelum berangkat ke Nepal kumpulan mereka telah bertemu dengan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) di bangunan Parlimen," katanya.

Mohd Armizan berkata, beliau mengenali Allahyarham secara peribadi kerana sebelum ini mereka pernah berkhidmat di Biro Tatanegara.

Ketua Pesuruhjaya APM Aminurrahim Mohamed pula berkata pihaknya difahamkan usaha membawa turun jasad Allahyarham sedang dilakukan namun berdepan kekangan akibat cuaca buruk.

Beliau berkata, APM akan mengadakan istiadat untuk menghormati dan menghargai jasa Allahyarham.

"Allahyarham adalah pegawai yang mempunyai kemahiran sangat tinggi dan menjadi aset penting kepada APM... dan dia sukar dicari ganti," katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Allahyarham di Benoni.

Aminurrahim berkata, APM juga akan memberi bantuan yang perlu kepada keluarga Allahyarham. - Bernama

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest