Pas, UMNO Shah Alam buat laporan polis terhadap Peguam Negara

Mohamed Sukri (empat dari kanan) dan Azhari (empat dari kiri) bergambar bersama ahli Pas dan UMNO Shah Alam selepas membuat laporan pada Ahad.
Mohamed Sukri (empat dari kanan) dan Azhari (empat dari kiri) bergambar bersama ahli Pas dan UMNO Shah Alam selepas membuat laporan pada Ahad.
A
A
A

SHAH ALAM - Pas dan UMNO Bahagian Shah Alam membuat laporan polis terhadap Peguam Negara berhubung penangguhan pelaksanaan perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Yang Dipertua Pas Kawasan Shah Alam, Mohamed Sukri Omar berkata, pihaknya percaya Peguam Negara tidak mempunyai sebarang kuasa di bawah Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan untuk menangguhkan perlaksanaan kepada titah pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong tersebut.

"Kita lihat kenyataan yang dikeluarkan Istana Negara menunjukkan bahawa tindakan tersebut boleh dikira sebagai pengingkaran terhadap titah Yang Dipertuan Agong.

"Jadi hari ini kita hadir bagi kita (menyatakan) bahawa tindakan penangguhan tersebut adalah pengingkaran dan laporan polis ini kita minta supaya pihak polis menyiasat sepenuhnya terhadap Peguam Negara dan kenyataan media (oleh AGC) yang menangguhkan titah pengampunan tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Seksyen 6 di sini pada Ahad.

Kelmarin, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan kenyataan memaklumkan penangguhan sementara terhadap pelaksanaan tahanan rumah Najib bagi meneliti tafsiran undang-undang berkaitan Perintah Pengampunan Bersyarat daripada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Kenyataan itu dibuat selepas denda sebanyak RM50 juta yang dikenakan sebagai syarat utama telah dibayar sepenuhnya selepas Tabung Solidariti Najib Razak yang dilancarkan pada 18 September mencapai sasaran ditetapkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Agong titah tidak sepatutnya timbul kekeliruan isu tahanan rumah Najib

Peguam Negara didesak tarik balik arahan tangguh tahanan rumah Najib - Veteran UMNO

Artikel Berkaitan:

Pemuda UMNO negeri, bahagian lapor polis isu ingkar titah Agong

UMNO, Pas Machang lapor polis isu pengampunan Najib

Keputusan pengampunan mesti dilaksana ikut undang-undang – Ka Siong

BN gesa laksana titah perintah Agong segera

Sementara itu Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari berkata, penangguhan sementara perintah tahanan rumah terhadap Najib adalah sesuatu yang mengejutkan dan dianggap sebagai keputusan yang luar biasa dibuat oleh AGC.

"Pada asalnya kita gembira (dengan perintah tahanan rumah Najib) namun gembira itu sekejap sahaja dan kita dukacita apabila dapat keputusan tidak dijangka (oleh AGC) boleh berlaku.

"Ia seolah menjadi satu 'precedent' atau duluan kes untuk akan datang yang mana titah (baginda Yang Dipertuan Agong) boleh dicabar atau boleh disemak semula," katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!