Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

No Image Caption
A
A
A

KATHMANDU - Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME 2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka dibawa turun dari kawasan pergunungan Everest menggunakan khidmat bantuan malim gunung.

Timbalan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin dalam sebuah kenyataan memaklumkan ini berikutan cuaca tidak mengizinkan ketika ini.

“Maklumat awal yang kita terima bahawa jenazah Allahyarham Awang Askandar Ampuan Yaakob akan dibawa menggunakan khidmat helikopter.

“Walau bagaimanapun, faktor cuaca pada ketika ini tidak mengizinkan. Oleh itu pihak operator pendakian atau operator Everest telah mengambil keputusan untuk membawa turun menggunakan khidmat malim gunung,” katanya kepada Astro Awani.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan seramai lapan malim gunung sedang berkumpul di kem empat untuk urusan operasi membawa turun jenazah Allahyarham.

Sementara itu, beliau memberitahu jenazah Allahyarham dijangka tiba di bawah pada besok pagi.

Sejurus tiba, jenazah akan diterbangkan menggunakan helikopter menuju ke T.U Teaching Hospital di Kathmandu untuk tujuan bedah siasat yang akan mengambil masa satu ke dua hari.

Awang Askandar, yang juga Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah, meninggal dunia selepas terjatuh ketika melakukan pendakian ke puncak Gunung Everest, yang berketinggian 8,848 meter dari paras laut. - Awani

ARTIKEL BERKAITAN:

Pendaki OKU negara dilapor hilang selepas tawan puncak Everest

Pemergian Awang Askandar kehilangan besar buat APM, negara

Pendaki OKU Malaysia berjaya tawan puncak Everest

Pengarah APM Kedah meninggal dunia ketika misi daki Everest

'Seakan tak percaya adik meninggal ketika misi daki Everest'

Everest semakin berbahaya, semoga Hawari selamat

Everest: Orang ramai titip doa buat Hawari

Jenazah pendaki dijangka dibawa turun malim gunung

'Gunung Everest kehilangan salji, lebih kering dan berbatu'

Operasi SAR sukar jika Hawari terjatuh di kaki Gunung Lhotse

Ismail Sabri titip doa kepada mangsa tragedi Everest

Gesa siasatan menyeluruh tragedi Everest

Cuaca tak menentu cabaran cari mangsa hilang Gunung Everest

Ravichandran sedih kehilangan dua rakan pendaki

Doakan Hawari ditemui selamat - Ibu

Wisma Putra bantu bawa turun jenazah Awang Askandar

Kerajaan sedia penuhi hasrat keluarga Awang Askandar

Ravi tahan sakit demi kibar Jalur Gemilang di Everest