Utamakan penghibur tempatan: Rais Yatim

Tan Sri Dr Rais Yatim diiringi isteri Puan Seri Masnah Rais mencuba makanan tradisional adat Minangkabau ketika hadir pada Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di Muzium Negara hari ini. Foto: Bernama
Tan Sri Dr Rais Yatim diiringi isteri Puan Seri Masnah Rais mencuba makanan tradisional adat Minangkabau ketika hadir pada Pesta Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di Muzium Negara hari ini. Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disaran mengutamakan penghibur tempatan daripada membawa masuk kumpulan K-Pop berpengaruh Korea Selatan iaitu BTS sempena Tahun Melawat Malaysia 2020 (TMM2020)

Bekas Penasihat Sosio Budaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, setiap penghibur tempatan mempunyai bakat tersendiri sekali gus boleh mewujudkan jenis tarikan yang diperlukan.

"Kita perlu memberi keutamaan kepada penghibur kita. Carilah penghibur kita yang handal-handal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Jamal Abdillah... mereka ada daya tarikan tersendiri. Kalau bukan kita yang mendahulukan penghibur kita, siapa lagi?

"Kalau kita mendahulukan mereka ini (penghibur tempatan) dan kemudian kita bawa dari luar, tidak mengapa. Tapi, jangan dahulukan mereka yang di luar sehingga pucuk kita yang ada tidak mendapat perhatian. Ini adalah soal seni budaya kita,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Pesta Seni Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau di Muzium Negara di sini hari ini.

Sebelum ini, terdapat penyanyi dan pelakon seperti Datuk Azhar Othman atau lebih dikenali sebagai Awie, Persatuan Seniman Malaysia dan Pemuda Amanah Nasional turut membidas tindakan Syed Saddiq itu.

Mereka berpendapat idea itu tidak membawa apa-apa kebaikan kepada industri hiburan negara ini selain tidak selaras dengan cita-cita dan manifesto PH untuk menjimatkan duit kerajaan dari perbelanjaan yang tidak perlu.

Sementara itu Pesta Seni Budaya dan Masakan Warisan Minangkabau dianjurkan Pertubuhan Jaringan Masyarakat Minangkabau Malaysia (JM3) dengan kerjasama Jabatan Muzium Malaysia, Jaringan Masyarakat Minangkabau Dunia (MDN-G) dan Kampoeng (ulang: Kampoeng) Minangkabau, Jakarta.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis sama, Rais yang juga Pengasas dan Penaung JM3 turut melancarkan buku Generasi Emas Pemikir Gadang Minangkabau, Minangkabau Card dan sambutan ulang tahun pertama penubuhan JM3.

Turut hadir, Ketua Pengarah Jabatan Muzium Malaysia, Datuk Kamarul Baharin A Kasim dan Tokoh Minangkabau Indonesia merangkap Penasihat MDN-G, Jeneral (B) Ahwil Loethan. -Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!