​Gambar Adly tarik perhatian netizen

Adly bersama Dalilah dan salah seorang anak mereka.
A
A

MELAKA - “Ikon perpaduan,” itu antara komen netizen sebaik sahaja melihat gambar Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari lengkap berpakaian tradisional kaum Tionghoa, baru-baru ini.

Rata-ratanya memberi respon positif terhadap gambar tersebut yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau, Adly Zahari.

Difahamkan, tindakan Adly yang bergaya dengan pelbagai aksi termasuk ala-ala kung fu itu sebenarnya diambil ketika sesi penggambaran sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2019.

Adly beraksi ala-ala kung fu.
Adly beraksi ala-ala kung fu.

Turut kelihatan di dalam koleksi gambar tersebut ialah isterinya, Dalilah Awaluddin serta salah seorang anak mereka.

Adly berkata, aksi beliau itu dilakukan secara bersahaja dan santai tanpa mengikut sebarang skrip.

“Sebenarnya ini adalah sebahagian daripada kepelbagaian budaya di Malaysia dan Melaka khasnya.

“Saya harap ia mampu menjadi daya tarikan pelancongan lebih ramai lagi ke Melaka, sekali gus menjana ekonomi negeri demi kemajuan dan kesejahteraan rakyat berbilang kaum,” katanya kepada Sinar Harian.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia