'Siapa ini? Pelakon ke?' - Komen Nabila Huda tarik perhatian

Nabila Huda (kiri), Nad Zainal
Nabila Huda (kiri), Nad Zainal
A
A
A

KOMEN aktres popular, Nabila Huda pada ruangan komen video yang memaparkan temu bual Nad Zainal telah menarik perhatian ramai.

“Maaf tanya. Siapa ini? Pelakon ke,” soal Nabila.

Biarpun ringkas dan berbentuk gurauan, kebanyakan pemilik akaun Instagram membalas komen tersebut kerana mengetahui Nabila dan Nad mempunyai hubungan yang akrab sebelum ini.

"Rasa macam pernah nampak kat Bali dengan kawan-kawan, rasanyalah," balas seorang warga maya berserta emoji ketawa.

Komen itu merujuk kepada percutian yang pernah disertai Nabila dan Nad suatu ketika dahulu di Bali.

Nad yang ditemu bual sebelum itu memaklumkan dia enggan mengambil pusing isu bermasam muka dengan rakan seindustri, sebaliknya ingin fokus pada kehidupan berumah tangga yang baru dibina.

“Saya tak ada nak bermasam-masam muka. Kita masing-masing dah dewasa.

“Saya nak uruskan kehidupan saya. Untuk yang rasa macam saya hilang dari radar, saya tak nak fikir. Siapa ada, ada, tak ada sudah,” jawabnya.

Artikel Berkaitan:

Spekulasi bermasam muka itu mula bertebaran selepas aktres berkenaan pulih daripada tahap kesihatan membimbangkan dan kemudian berkahwin kali kedua.

Sebelum itu, beberapa rakan selebriti seperti Sherry Alhadad telah melancarkan tabung kecemasan bagi membantu keluarganya menampung kos rawatan ketika Nad dirawat di sebuah pusat perubatan di Ampang.

Dalam perkembangan sama, Nad akhirnya mengakui sedang hamil anak pertama hasil perkahwinannya dengan aktor dan pengarah Ungku Ismail serta berada di trimester terakhir kehamilan.

Nad sebelum ini telah dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Fahad Ibrahim, 7, dan Budi Kalsom, 2, hasil perkahwinannya dengan Muhammad Faliq Amiruddin.

Bagaimanapun pada September lalu, Nad mengumumkan telah bercerai setelah tujuh tahun hidup bersama.

Pada 23 Januari lalu, Nad berkahwin buat kali kedua dengan Ungku Ismail.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!