Pokok tumbang hempap dua kereta

Dua kenderaan dihempap pokok tumbang di Jalan Seremban-Tampin pada Selasa. Foto Bomba
Dua kenderaan dihempap pokok tumbang di Jalan Seremban-Tampin pada Selasa. Foto Bomba
A
A
A

TAMPIN – Enam individu termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kenderaan dinaiki mereka dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Seremban-Tampin berhampiran Restoran Lemak Salai, di sini pada Selasa.

Kejadian itu membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki lima sekeluarga dan Proton Saga dinaiki seorang lelaki.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.48 malam dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tampin yang diketuai Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I Yazid Yaacob tiba di lokasi kira-kira empat minit kemudian.

"Sebaik sampai, didapati berlaku kejadian pokok tumbang yang menghempap dua kenderaan yang sedang melalui kawasan berkenaan.

“Semua mangsa berjaya keluar sendiri sebelum pihak bomba sampai dan disahkan selamat tanpa sebarang kecederaan,” katanya.

Menurutnya, kenderaan jenis Nissan Grand Livina dinaiki lima individu berusia12 hingga 47 tahun, manakala kereta Proton Saga pula dipandu lelaki berusia 38 tahun.

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Enam individu termasuk seorang kanak-kanak terlibat dalam kejadian pokok tumbang menimpa kenderaan mereka di Jalan Seremban-Tampin
  • Kejadian melibatkan dua buah kenderaan iaitu Nissan Grand Livina dan Proton Saga
  • Pasukan bomba menerima panggilan kecemasan dan tiba di lokasi dalam masa empat minit
  • Semua mangsa berjaya keluar dari kenderaan mereka sendiri sebelum pasukan penyelamat sampai dan tiada yang cedera
  • Kenderaan Nissan Grand Livina membawa lima anggota keluarga berumur 12 hingga 47 tahun dan Proton Saga dipandu oleh lelaki berumur 38 tahun

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!