Makin kurus, penampilan Mamat Exist tarik perhatian

Penampilan Mamat yang kelihatan semakin kurus telah menarik perhatian ramai.
Penampilan Mamat yang kelihatan semakin kurus telah menarik perhatian ramai.
A
A
A

PENAMPILAN berbeza penyanyi kumpulan Exist, Mamat yang kelihatan semakin kurus telah menarik perhatian ramai.

Rata-rata yang menonton video itu menerusi TikTok @warungsiputsedut tertanya-tanya mengapa Mamat atau nama sebenarnya Mohd Ali Kamarudin kelihatan semakin kurus berbanding sebelum ini.

Seorang netizen, Betamusyifa antara yang terkejut menyaksikan perubahan diri Mamat tersebut.

“Laaa... Mamat Exist ke? Ingatkan siapa tadi. Lain benar mukanya,” katanya.

Dalam video berkenaan, penyanyi berusia 45 tahun itu menyampaikan sedikit rangkap lagu Untukmu Ibu.

Kebanyakan yang menonton video tersebut mengakui masih terkesan mendengar lagu yang melonjakkan nama Mamat dan kumpulan Exist dalam industri seni.

Seorang lagi netizen yang juga peminatnya, Ainaini mendoakan supaya Mamat berada dalam keadaan sihat.

“Nampak berusia dia... kurus dah... semoga @mamat exist dalam keadaan baik-baik sahaja... amin... tone suara dia memang saya love (suka) sangat.”

Artikel Berkaitan:

Seorang lagi peminatnya dikenali sebagai Wawa meminta orang ramai mendoakan yang terbaik buat Mamat.

“Kita membesar dengan lagu-lagu beliau... suara memang emas.... komen yang baik... doa yang baik-baik... masa hadapan kita belum tahun mana-mana,” katanya.