Pelantikan Ab Rauf tak langgar manifesto BN Melaka - Ahmad Maslan

Ahmad (tengah) melakukan lawatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri, pada Sabtu.
Ahmad (tengah) melakukan lawatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, Iskandar Puteri, pada Sabtu.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menafikan dakwaan pelantikan Datuk Seri Ab Rauf Yusoh sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu tidak menepati janji dalam manifesto Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada 2021.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, dakwaan tersebut tidak benar sebaliknya BN telah menunaikan manifestonya apabila bersetuju melantik Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai Ketua Menteri sejak November 2021.

"Dalam manifesto memanglah Datuk Seri Sulaiman (yang telah dipersetuji), tetapi dalam manifesto itu pun tidak sebut beliau menjadi Ketua Menteri sehingga berapa lama.

"Datuk Seri Sulaiman telah menjadi Ketua Menteri Melaka, bererti kita tidak melanggar manifesto, itu pada pandangan sayalah," katanya.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Kewangan 1 berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar di sini, pada Sabtu.

Pada Jumaat, sebuah portal melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, pelantikan Ab Rauf menyebabkan BN telah memungkiri satu janji dalam manifesto parti itu ketika PRN Melaka.

Wakil rakyat UMNO itu mendakwa, gabungan tersebut berjanji calon Ketua Menterinya dalam PRN Melaka adalah Sulaiman sekiranya menang dan akan kekal sehingga habis penggal.

Justeru, Muhammad Jailani yang merupakan bekas Exco semasa pentadbiran Sulaiman berkata, beliau tidak akan menyokong Ab Rauf sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

Sementara itu, Ahmad berkata, pelantikan Ketua Menteri yang baharu itu dilakukan atas faktor penyandangnya yang berdepan masalah kesihatan.

"Ini kerana beliau tidak dapat teruskan memangku jawatan itu disebabkan faktor kesihatan. Atas sebab itu, kita terima alasan beliau tidak sihat itu," ujar beliau.

ARTIKEL BERKAITAN:

Wakil BN, PH akan isi jawatan Exco Melaka

Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

[VIDEO] Lantik Exco baharu dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan