Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan

Sheikh Ikhzan
Sheikh Ikhzan
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali diminta memberi penjelasan berhubung peletakan jawatan beliau.

Ketua Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) Negeri Melaka, Sheikh Ikhzan Sheikh Salleh berkata, ini kerana Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka lalu dan asas yang kuat bagi menjamin kestabilan kerajaan, seterusnya melaksanakan agenda bagi kepentingan rakyat.

Menurutnya, timbul persoalan apabila BN mempunyai majoriti dua pertiga secara tiba-tiba berlaku peletakan jawatan sekali gus mengesahkan desas desus bahawa wujud pergolakan dalam pimpinan BN Melaka didakwa tercetus sejak Sulaiman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri pada November 2021.

"Saya melihat dengan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman itu menunjukkan bahawa BN sejak menang PRN Melaka, agenda mereka bukanlah untuk rakyat, sebaliknya memenuhi nafsu kerakusan kuasa diri sendiri.

"Rakyat sekarang sedang dihidangkan sikap sebenar pemimpin BN bahawa mereka melakukan tebuk atap terhadap rumah sendiri bagi memenuhi agenda mereka," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Sheikh Ikhzan yang juga Majlis Eksekutif Pusat Pejuang berkata, laungan undi BN bagi menjamin kestabilan politik semasa PRN juga hanya omong kosong bagi memperdayakan rakyat.

"Saya berpandangan bahawa sepatutnya mereka mengutamakan tentang masalah rakyat yang sedang meruncing dan fikirkan solusi penyelesaian.

"Janganlah selepas esok ada lagi berlaku pertukaran Ketua Menteri yang tidak berkesudahan," ujarnya lagi.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu, Datuk Seri Sulaiman Md Ali telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan