Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Ab Rauf ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri di Seri Negeri di Ayer Keroh pada Rabu.
Ab Rauf ditemui pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri di Seri Negeri di Ayer Keroh pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Semua pihak termasuk rakyat negeri ini diminta bersabar dan bertenang berhubung desas-desus perubahan pentadbiran negeri Melaka.

Pengerusi UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, setakat ini beliau tidak boleh memberikan sebarang ulasan mengenai spekulasi itu.

Menurut Ab Rauf, beliau akan menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan negeri sedikit masa lagi.

"Saya tidak boleh memberikan apa juga komen tentang spekulasi ini.

"Saya tak tahu bila, saya tak tahu, jangan tanya saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Badan Perhubungan UMNO Negeri di Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, pada Rabu.

Ditanya sama ada spekulasi itu ada dibincangkan dalam mesyuarat pertama itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara berkata, tiada keperluan isu itu dibincangkan dalam mesyuarat tersebut

"Tak perlu bincang sebab tak ada kena mengena," katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan desas-desus bertiup kencang mengenai kedudukan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md Ali bakal bertukar pada Jumaat ini.

Difahamkan kedudukan Sulaiman selama dua penggal itu akan digantikan oleh Ab Rauf yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian Pembangunan Koperasi dan Usahawan.

Khabar angin turut mendakwa upacara mengangkat sumpah Ketua Menteri ke-14 itu akan diadakan di hadapan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam di Pejabat Tuan Yang Terutama di Ayer Keroh.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan