Wakil BN, PH akan isi jawatan Exco Melaka

Ab Rauf selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 dalam sidang akhbar pertamanya memaklumkan, lantikan Exco kerajaan negeri akan dibuat dalam tempoh 48 jam. Gambar kecil: Ahmad Maslan
Ab Rauf selepas mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 dalam sidang akhbar pertamanya memaklumkan, lantikan Exco kerajaan negeri akan dibuat dalam tempoh 48 jam. Gambar kecil: Ahmad Maslan
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Setiap parti komponen dalam gabungan BN dan Pakatan Harapan (PH) akan mengisi jawatan Exco Kerajaan Negeri Melaka yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Ahli Majlis Kerja tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan menjelaskan, pentadbiran kerajaan Melaka yang baharu itu akan mengikut acuan Kerajaan Perpaduan dan akan dimaklumkan selepas bertemu dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahli Parlimen Pontian itu berkata, komposisi pembahagian kerusi membabitkan Exco kerajaan negeri itu akan diputuskan oleh Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

"Cuma saya kira daripada segi jumlahnya tentulah UMNO melebihi yang lain kerana pada masa Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, BN memenangi 21 kerusi daripada 28 yang dipertandingkan.

"Atas dasar itu, ini bermakna komposisi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN adalah lebih berbanding yang lain. Barisan Exco akan diputuskan oleh Ketua Menteri yang baharu, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Kompleks Sultan Abu Bakar, di sini pada Sabtu.

Turut hadir Pengarah Jabatan Kastam Diraja Johor (JKDM) Negeri Johor, Misbahudin Parmin.

Sementara itu, Ahmad berkata, pengumuman Exco Kerajaan Negeri Melaka itu akan diumumkan dalam tempoh 48 jam seperti yang dijanjikan Ab Rauf.

Ahmad turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Rauf diatas perlantikannya sebagai Ketua Menteri Melaka yang baharu.

"Saya ingin merakamkan tahniah pada Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yang telah mengangkat sumpah semalam (Jumaat), terima kasih juga kepada bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Ali atas jasanya sebelum ini," ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN:

Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

[VIDEO] Lantik Exco baharu dalam tempoh 48 jam - Ab Rauf

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan