Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf ketika meninggalkan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh pada Khamis.
Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf ketika meninggalkan Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Datuk Seri Sulaiman Md Ali masih mengunci mulut dan enggan mengulas berhubung peletakan jawatan beliau sebagai Ketua Menteri.

Beliau meninggalkan Kompleks Seri Negeri Ayer Keroh pada jam 11 pagi hanya tersenyum dan menunjukkan isyarat memohon maaf kepada pengamal media yang menunggu beliau seawal jam 8 pagi.

Kenderaan Mercedes Benz berwarna hitam yang membawa beliau dilihat menuju ke kediaman rasmi Ketua Menteri di Seri Bendahara Ayer Keroh.

Terdahulu Sulaiman dilihat memasuki kompleks berkenaan pada jam 8.59 pagi dengan menaiki kereta.

Beliau dikatakan hadir ke pejabatnya untuk berjumpa kakitangan di situ buat kali terakhir sebagai bekas Ketua Menteri Melaka.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu mengesahkan Ahli Dewan Undangan Negeri Lendu itu telah meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Sulaiman telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu pada pertemuan di pejabatnya di Parlimen, pada Selasa.

Sehubungan itu, Ahmad Zahid berkata, beliau akan menghadap Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam untuk mempersembahkan nama calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Ketua Menteri yang baharu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan