Ab Rauf angkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13

Ab Rauf mengangkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat.
Ab Rauf mengangkat sumpah Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, di sini, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka ke-13 di Dewan Sri Utama Pejabat Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka di Ayer Keroh, di sini pada Jumaat.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia serta Sumpah Rahsia berkenaan dilakukan di hadapan Yang di-Pertua, Tun Mohd Ali Rustam di dewan berkenaan.

Istiadat berlangsung kira-kira jam 3.33 petang itu melihat Ab Rauf menandatangani Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia yang disaksikan oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Zaidi Johari dan Hakim Mahkamah Tinggi Melaka, Datuk Anselm Charles Fernandis.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka telah dicadangkan oleh UMNO sebelum ini sebagai Ketua Menteri baharu dan telah disampaikan kepada Mohd Ali menerusi warkah yang turut memaklumkan perletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

Ini merupakan kali pertama anak jati Kampung Pulau, Masjid Tanah itu dilantik sebagai Ketua Menteri selepas Sulaiman melepaskan jawatan tersebut untuk memberi peluang kepada orang lain.

Ab Rauf ketika menandatangani Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia.
Ab Rauf ketika menandatangani Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan, Taat Setia.

Pelantikan Abu Rauf sekali gus menamatkan pergolakan dalaman yang didakwa berlaku sejak Sulaiman menjawat jawatan tersebut.

Ab Rauf berusia 62 tahun sebelum ini pernah dilantik sebagai Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka menggantikan Datuk Omar Jaafar setelah Barisan Nasional (BN) berjaya mengambil alih tampuk pentadbiran Kerajaan negeri dari Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Adly Zahari selaku Ketua Menteri ketika itu.

Beliau buat pertama kali bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-15 dan menang mengatasi calon Perikatan Nasional (PN), Datuk Mas Ermieyati Samsuddin serta calon PH, Zainal Hasan.

Rauf menang selepas memperoleh 3,559 undi mengatasi calon pencabar terdekat iaitu Mas Ermieyati yang memperoleh 3,195 undi.

ARTIKEL BERKAITAN:

'Beri sokongan kepada pimpinan Kerajaan Negeri Melaka baharu'

Sulaiman sakit, Rauf bakal KM Melaka

Exco Melaka dilantik ikut semangat Kerajaan Perpaduan

'Letak jawatan kerana desakan hati' - Sulaiman

Sulaiman menitiskan air mata

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan