Sulaiman menitiskan air mata

Video tular memaparkan Sulaiman (dua,kiri) mengesat air mata ketika memberikan ucapan kepada kakitangan di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Seri Negeri di sini, pada Khamis.
Video tular memaparkan Sulaiman (dua,kiri) mengesat air mata ketika memberikan ucapan kepada kakitangan di Pejabat Ketua Menteri di Kompleks Seri Negeri di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali menitiskan air mata ketika memberikan kata-kata terakhir kepada kakitangan di Pejabat Ketua Menteri, di Ayer Keroh, di sini, pada Khamis.

Video Sulaiman berbaju kurta dan berkopiah dilihat beberapa kali mengesat air mata tular di media sosial selepas beliau memasuki pejabat Ketua Menteri itu kira-kira jam 9.30 pagi.

Sulaiman dalam pertemuan itu berkata, beliau tidak sedih untuk meninggal jawatan berkenaan namun sedih akan meninggalkan kakitangan yang sentiasa memberikan perkhidmatan terbaik dalam melaksanakan tugas.

Beliau berharap kesemua kakitangan memberikan perkhidmatan terbaik kepada Ketua Menteri baharu seperti mana khidmat yang diperoleh sepanjang berada di tingkat empat Kompleks Seri Negeri itu.

"Pasti jasa serta budi baik semua akan saya kenang selagi hayat dikandung badan," katanya dalam pertemuan ringkas itu.

Sinar Harian sebelum ini menyiarkan kenderaan membawa Sulaiman dilihat memasuki kompleks berkenaan pada jam 8.59 pagi.

Beliau dikatakan hadir ke pejabatnya untuk berjumpa kakitangan di situ buat kali terakhir sebagai Ketua Menteri Melaka.

Sulaiman yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lendu kali pertama menjadi Ketua Menteri Melaka setelah menggantikan Adly Zahari yang dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-11 pada 11 Mei 2018 selepas Adly tidak lagi mendapat kepercayaan sebilangan besar ADUN Melaka.

Melaka kemudian terpaksa mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) selepas empat ADUN menarik sokongan terhadap Sulaiman dan menyaksikan Barisan Nasional (BN) menang selesa 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan hanya satu nama, iaitu Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dihantar kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam untuk dilantik sebagai Ketua Menteri baharu.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan