Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Kenderaan membawa Sulaiman memasuki Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, pada Khamis.
Kenderaan membawa Sulaiman memasuki Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, pada Khamis.
A
A
A

MELAKA - Pekarangan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini menjadi tumpuan pengamal media seawal jam 8 pagi pada Khamis susulan peletakan jawatan Datuk Seri Sulaiman Md Ali sebagai pemimpin utama negeri itu.

Kenderaan membawa Sulaiman dilihat memasuki kompleks berkenaan pada jam 8.59 pagi.

Beliau dikatakan hadir ke pejabatnya untuk berjumpa kakitangan di situ buat kali terakhir sebagai bekas Ketua Menteri Melaka.

Selain itu kenderaan dipercayai membawa Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Mohd Rustam turut kelihatan pada 9.53 pagi.

Bagaimanapun keadaan di kompleks berkenaan terkawal dan tiada penyokong parti yang kelihatan berkumpul di situ.

Sehingga kini usaha media untuk mendapatkan reaksi Sulaiman masih belum berjaya.

Pengamal media pelbagai agensi berkumpul di pekarangan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, pada Khamis.
Pengamal media pelbagai agensi berkumpul di pekarangan Kompleks Seri Negeri di Ayer Keroh di sini, pada Khamis.

Pergolakan politik di Melaka bukanlah perkara baharu dan kedudukan Sulaiman juga dikatakan beberapa kali telah 'diganggu' hingga membawa kepada tumbangnya kerajaan negeri dan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Oktober 2021.

Difahamkan kedudukan Sulaiman selama dua penggal itu akan digantikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Bidara yang juga Exco Kanan Pelaburan, Perindustrian Pembangunan Koperasi dan Usahawan, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Sulaiman yang merupakan ADUN Lendu pertama kali dilantik Ketua Menteri pada Mac 2020 selepas Adly Zahari yang sebelum itu menjadi Ketua Menteri tidak mendapat majoriti sokongan ADUN pada ketika itu.

Anak jati Durian Daun, Masjid Tanah itu kemudiannya dilantik sekali lagi sebagai Ketua Menteri ke-13 selepas Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada November 2021.

ARTIKEL BERKAITAN:

Melaka bakal bertukar Ketua Menteri?

Ab Rauf minta sabar, tunggu pengumuman rasmi

Sulaiman letak jawatan Ketua Menteri Melaka

Tidak campur kemelut BN Melaka

Sulaiman letak jawatan: Seri Negeri jadi tumpuan media

Sulaiman hadir ke pejabat Ketua Menteri seperti biasa

Sulaiman tunjuk isyarat mohon maaf

Angkat sumpah Ketua Menteri Melaka Jumaat

Rauf calon Ketua Menteri Melaka baharu

Letak jawatan: Sulaiman perlu beri penjelasan