Angka kematian letupan bom di Sri Lanka meningkat 310

Paderi dan ahli keluarga mengusung mayat mangsa letupan bom susulan majlis pengebumian di Gereja St Sebastian.Sri Lanka digemparkan dengan lapan letupan bom yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel terkemuka pada Ahad lalu yang meragut lebih 300 nyawa. - Foto AFP

A
A
A

COLOMBO - SRI LANKA.Jumlah kematian akibat beberapa siri letupan bom di Sri Lanka pada Ahad lalu kini meningkat kepada 310 orang ekoran kematian mangsa yang cedera.

Jurucakap polis Ruwan Gunasekera berkata, sejumlah 500 orang cedera susulan lapan letupan bom yang menyasarkan beberapa gereja dan hotel terkemuka di Sri Lanka, kelmarin.

Beliau menambah, 40 orang kini telah ditahan untuk siasatan berhubung serangan yang menurut kerajaan Sri Lanka dilakukan oleh kumpulan radikal Thowheeth Jama’ath Nasional (NTJ).

Menteri kabinet dan jurucakap kerajaan Rajitha Senaratne berkata, kumpulan penyiasat kini mencari klu sama ada NTJ menerima bantuan antarabangsa dalam melakukan serangan keganasan itu.

Menurut Senaratne adalah mustahil untuk kumpulan kecil tersebut mampu menjalankan serangan terancang seumpama itu.

Sementara itu, Presiden Maithripala Sirisena berkata terdapat kumpulan pengganas antarabangsa yang menyokong pengganas tempatan, dan beliau akan meminta bantuan antarabangsa dalam menjalankan siasatan. - AFP

Artikel Berkaitan: