18 maut dalam letupan dinamit di India

NEW DELHI - Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam letupan dinamit di sebuah lombong arang batu haram di negeri Meghalaya, timur laut India pada Khamis.
Seorang pekerja yang cedera dimasukkan ke hospital susulan kejadian itu.
Ketua Menteri Meghalaya, Conrad Sangma berkata, kejadian kira-kira 11 pagi itu berlaku di kawasan terpencil yang terletak kira-kira 25 kilometer dari pusat pentadbiran daerah berkenaan.
Sangma memberi amaran bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap sebarang aktiviti haram.
"Individu yang terlibat dalam sebarang bentuk aktiviti haram akan dikenakan tindakan. Sesiapa yang bertanggungjawab terhadap insiden ini akan dikenakan tindakan yang sangat tegas,” katanya kepada pemberita. - Bernama
Ringkasan AI
- Sekurang-kurangnya 18 orang maut dalam letupan dinamit di lombong arang batu haram di Meghalaya, India
- Seorang pekerja cedera dan dimasukkan ke hospital
- Kejadian berlaku di kawasan terpencil kira-kira 25 kilometer dari pusat pentadbiran daerah
- Ketua Menteri Meghalaya, Conrad Sangma memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap aktiviti haram
- Individu terlibat dalam aktiviti haram akan dikenakan tindakan tegas
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
