Pendakwah bebas direman lagi disyaki seleweng dana RM1.3 juta

Seorang pendakwah bebas untuk kali kedua serta seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan dan dakwah kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.
Seorang pendakwah bebas untuk kali kedua serta seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan dan dakwah kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.
A
A
A

ALOR SETAR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah telah menahan reman seorang pendakwah bebas untuk kali kedua serta seorang Ketua Jabatan Kewangan dan Perakaunan sebuah institusi pendidikan dan dakwah kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta.

Perintah reman selama tiga hari sehingga 8 Februari 2026 terhadap kedua-dua suspek telah dikeluarkan Majistret Nur Amalina Abd Rahman selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar, pada Jumaat.

Menurut sumber, suspek yang merupakan seorang lelaki dan seorang wanita berusia lingkungan 30-an telah ditahan sekali lagi kira-kira jam 6 petang Khamis di pejabat SPRM Cawangan Sungai Petani melibatkan satu siasatan lain.

Sebelum ini, kedua-dua suspek telah ditahan direman selama satu hari pada Khamis selepas permohonan dibuat di Mahkamah Majistret Sungai Petani dan telah dibebaskan pada jam 5 petang pada hari sama.

“Kedua-dua suspek, di mana pendakwah bebas tersebut yang juga merupakan Pengarah Urusan institusi pendidikan dan dakwah direman buat kali kedua kerana disyaki bersubahat menyeleweng dana kira-kira RM1.3 juta yang dimasukkan ke dalam akaun persendiriannya.

“Pada masa sama, siasatan turut mendapati kedua-dua suspek telah meluluskan pembayaran untuk pembelian rumah bernilai kira-kira RM500,000,” katanya.

SPRM membuat permohonan reman pendakwah bebas dan kakitangannya kali kedua pada Jumaat.
SPRM membuat permohonan reman pendakwah bebas dan kakitangannya kali kedua pada Jumaat.

Semalam, kedua-dua suspek telah ditahan reman kerana telah menyalahgunakan kuasa dengan meluluskan bayaran kira-kira RM600,000 sebagai bayaran mengumpul dana institusi tersebut tanpa mendapat kelulusan daripada rakan kongsi yang lain.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Nazli Rasyid Sulong ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu.

Menurutnya, siasatan dijalankan SPRM Kedah dan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM sejak Oktober tahun lalu.

Kes disiasat bawah Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Ringkasan AI

  • SPRM Kedah tahan reman pendakwah bebas dan Ketua Jabatan Kewangan institusi pendidikan atas penyelewengan dana RM1.3 juta
  • Perintah reman selama tiga hari dikeluarkan oleh Majistret Nur Amalina Abd Rahman
  • Suspek, seorang lelaki dan wanita berusia 30-an, ditahan kembali untuk siasatan lain
  • Sebelum ini, kedua-dua suspek telah ditahan reman selama satu hari dan dibebaskan pada hari yang sama
  • Siasatan mendapati suspek meluluskan pembayaran untuk pembelian rumah bernilai RM500,000 tanpa kelulusan rakan kongsi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!