Mangsa bunuh kes racun sianida meningkat kepada 20 orang

Sararat Rangsiwuthaporn
Sararat Rangsiwuthaporn
A
A
A

BANGKOK - Polis meneruskan siasatan lanjut untuk mengaitkan wanita yang disyaki membunuh 13 mangsanya menggunakan racun sianida terhadap puluhan mangsa yang lain, lapor Thaiger.

Siasatan menyeluruh terhadap akaun kewangan milik Sararat Rangsiwuthaporn, 36, telah mendapati suspek mungkin membunuh sekurang-kurangnya 20 orang selepas mereka memindahkan sejumlah besar wang kepadanya dalam tempoh dua tahun.

Justeru, penyiasat meluaskan siasatan terhadap kematian 13 individu yang mempunyai kaitan dengan suspek itu.

Selepas meneliti akaun bank sejak tahun 2021 hingga sekarang, penyiasat mendapati beberapa mangsa memindahkan wang kepada bekas isteri pegawai polis itu.

Katanya, jumlah tersebut berbeza daripada puluhan ribu hingga ratusan ribu baht dan seramai 18 hingga 20 orang didapati meninggal dunia selepas memindahkan wang mereka dengan punca kematian sedang disiasat.

Sararat yang kini hamil empat bulan ditahan di Bangkok selepas waran dikeluarkan terhadapnya oleh Mahkamah Jenayah selepas aduan difailkan terhadap kematian mangsa yang dipercayai diracun dengan sianida. - Agensi