ADUN menyanyi dalam Sidang DUN Perak

Mohd Kamaruddin menceriakan perjalanan Sidang DUN selepas mendendangkan lagu Black Dog Bone pada persidangan, hari ini.
Mohd Kamaruddin menceriakan perjalanan Sidang DUN selepas mendendangkan lagu Black Dog Bone pada persidangan, hari ini.
A
A
A

IPOH - Nyanyian dua baris lagu Hatiku Luka Lagi oleh Mohd Kamaruddin Abu Bakar (Kuala Sepetang-BN) menceriakan Sidang DUN Perak, hari ini.

Lagu yang dipopularkan kumpulan Black Dog Bone itu kemudiannya disambut dengan gelak tawa ADUN-ADUN sejurus tamat sesi perbahasannya.

Bagaimanapun sebelum itu beliau meminta kebenaran Speaker DUN Perak, Datuk Ngeh Koo Ham untuk menutup ucapan perbahasannya.

Koo Ham kemudiannya membenarkan ucapan akhir itu dibuat dalam bentuk nyanyian.

"Dan akhirnya sekali lagi saya menjunjung kasih titah Tuanku, saya akhiri dengan satu lagu, (walaupun) suara tak sedap, nak nyanyi juga. Saya nak minta kebenaran Yang Dipertua dulu, boleh ke Datuk?

"Harapan setinggi gunung, berderai jadi debu.. Debulah sekarang ini tuan-tuan," katanya sambil menyanyikan lagu tersebut.

Sebelum ini di Parlimen, wakil rakyat daripada Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Raden pernah mendendangkan dua baris yang sama di dalam lagu itu.

Persidangan DUN Perak berlangsung selama enam hari dari 16 hingga 23 April bermula dengan perasmian yang disempurnakan oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah diikuti dengan sesi perbahasan titah tuanku selama tiga hari bermula 17 hingga 19 April.

Artikel Berkaitan:

Pada 22 dan 23 April pula, Exco Kerajaan Perak dan menteri besar akan menggulung hujah.