Lembaga Air Perak tunggu arahan seterusnya

Laporan Sinar Harian, semalam.
Laporan Sinar Harian, semalam.
A
A
A

IPOH - Lembaga Air Perak (LAP) akan menunggu arahan seterusnya daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) selepas Timbalan Menteri Kesihatan, membenarkan penggunaan air daripada Loji Rawatan Air (LRA) Ayer Ganda, Gerik untuk kegunaan selain minum.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kerajaan negeri berharap SPAN akan bekerjasama rapat dengan Kementerian Kesihatan bagi menimbang semula keputusan menutup sementara LRA Ayer Ganda, Gerik.

"Buat masa ini, pihak LAP masih meneruskan penghantaran air menggunakan lori selain menempatkan tangki sementara untuk kegunaan penduduk. Saya jangka keadaan ini akan berlarutan sehingga paip baharu yang sedang dibina siap sepenuhnya.

"Perkembangan pembinaan sangat baik dan dijangka siap sebelum Hari Raya Aidilfitri," katanya selepas melawat Bilik Media Sidang DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Ahmad Faizal (duduk) bersama-sama sebahagian pemberita yang membuat liputan Sidang DUN Perak, hari ini.
Ahmad Faizal (duduk) bersama-sama sebahagian pemberita yang membuat liputan Sidang DUN Perak, hari ini.

Kelmarin, SPAN dalam satu kenyataan menjelaskan mereka tidak mempunyai perancangan untuk meneruskan operasi Loji Rawatan Air (LRA) Ayer Ganda, Gerik seperti yang dicadangkan kerajaan Perak.

Namun semalam, Dr Boon Chye dalam kenyataan kepada media memaklumkan penduduk Kampung Ayer Ganda boleh menggunakan air daripada LRA Ayer Ganda untuk tujuan mandi dan mencuci pakaian kerana tahap pencemaran arsenik masih rendah.

Artikel Berkaitan: