A Samad Said meninggal dunia

Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said meninggal dunia pada jam 6.10 petang Selasa.
Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said meninggal dunia pada jam 6.10 petang Selasa.
A
A
A

SHAH ALAM - Sasterawan Negara, Datuk Seri A Samad Said meninggal dunia pada jam 6.10 petang Selasa.

Perkara itu disahkan anak keduanya, Helmy Abdul Samad menerusi perkongsian di platform Threads.

“6.10. Innalillahiwainnailaihirojiun,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, media melaporkan sasterawan berusia 91 tahun itu menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas dimasukkan ke wad pada Isnin akibat sakit tua.

Anak keduanya, Helmy, 63, mengesahkan perkara itu dan memaklumkan bapanya turut menghidap diabetes.

“Keadaan bapak tidak begitu baik. Sakit tua. Juga ada diabetes. Masuk lewat petang semalam (Isnin),” katanya.

Menerusi hantaran Facebook, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mendoakan agar sasterawan tersohor negara itu segera sembuh.

A Samad Said atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka dan menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Antara karya tersohor beliau ialah novel Salina yang diterbitkan pada 1961, selain Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!