Yayasan Petronas rai 2,150 keluarga sempena Tahun Baharu Cina

Sebahagian penerima yang diraikan sempena Program Sentuhan Kasih Festive Tahun Baharu Cina 2023 yang diadakan di Dewan SRJK (C) Chukai di Kemaman, pada Khamis.
Sebahagian penerima yang diraikan sempena Program Sentuhan Kasih Festive Tahun Baharu Cina 2023 yang diadakan di Dewan SRJK (C) Chukai di Kemaman, pada Khamis.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Yayasan Petronas meraikan 2,150 keluarga kurang berkemampuan sempena Program Sentuhan Kasih Festive Tahun Baharu Cina 2023 yang diadakan di seluruh negara.

Pengurus Besar Petronas Pantai Timur, Mohammad Ahmad Shazly Ramli berkata, program itu menyasarkan kumpulan masyarakat B40 sama seperti Program Sentuhan Kasih Festive bagi perayaan utama lain yang diraikan di negara ini.

"Program ini merupakan inisiatif di bawah teras kesejahteraan dan pembangunan bagi meningkatkan taraf hidup masyarakat.

" Ia memberi peluang kepada Yayasan Petronas untuk bekerjasama dengan komuniti dalam meringankan beban keluarga yang kurang bernasib baik bagi membuat persiapan sambutan perayaan.

"Ia juga merupakan antara komitmen berterusan Petronas untuk membantu menyediakan keperluan asas kepada golongan kurang berkemampuan di samping membangkitkan keceriaan mereka sempena musim perayaan," katanya dalam kenyataan disini, pada Jumaat.

Mohammad Ahmad Shazly berkata, seramai 300 keluarga diraikan sempena program sama di tiga negeri Pantai Timur dimana turut melibatkan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di daerah Kemaman, Bentong dan Kota Bharu.

Beliau memberitahu, sumbangan bagi penerima di Kemaman disampaikan Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat serta turut dihadiri Ahli Parlimen Kemaman, Che Alias Hamid.

"Antara bekalan makanan asas yang disampaikan ialah beras, minyak masak, gula, garam, tepung, sardin, milo, teh uncang dan kekacang.

Artikel Berkaitan:

"Selain itu, setiap keluarga juga turut menerima barangan bertemakan perayaan seperti mi kering, minyak bijan, sos taucu dan cendawan kering," ujar beliau.