22 kes baru H1N1 dilapor

No Image Caption
A
A
A

IPOH - Sebanyak 22 kes baru jangkitan Influenza A H1N1 melibatkan pelajar Sekolah Tuanku Abdul Rahman (STAR) dikesan, semalam.

Exco Pendidikan, Sains,Teknologi dan Alam Sekitar Perak, Dr Abdul Aziz Bari berkata, situasi itu menjadikan jumlah keseluruhan pelajar mengalami gejala berkenaan adalah 101 orang berbanding 79 sebelum ini dan seorang guru.

"Seramai 51 pelajar masih diasingkan di asrama sekolah daripada pelajar-pelajar lain yang sihat, sementara seorang yang dirawat dan dipantau di hospital swasta berada dalam keadaan stabil," katanya.

Beliau berkata, secara keseluruhan situasi wabak di sekolah itu adalah terkawal.

Katanya, Pejabat Kesihatan Daerah Kinta telah mengambil tindakan kawalan bagi mencegah perebakan jangkitan termasuklah membekalkan topeng muka dan 'hand sanitizer' serta mengisolasi pelajar yang begejala daripada menghadiri aktiviti kokurikulum.

"Selain itu, pegawai terlibat turut mengadakan pemeriksaan harian ke atas pelajar yang demam dan melakukan 'disinfection' di semua asrama," katanya.

Media semalam melaporkan empat pelajar sekolah itu disahkan dijangkiti Influenza A H1N1 selepas mengalami gejala demam dan batuk sejak 13 April lalu.

Artikel Berkaitan: