Dewan Rakyat rakam penghargaan kepada agensi penyelamat

Jengkaut milik ATM tiba di pusat operasi kejadian tanah runtuh bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di tapak perkhemahan Father's Organic Farm. -Foto Bernama
Jengkaut milik ATM tiba di pusat operasi kejadian tanah runtuh bagi membantu operasi mencari dan menyelamat di tapak perkhemahan Father's Organic Farm. -Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat pada Isnin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua agensi penyelamat di ‘ground zero’ yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa tragedi tanah runtuh di Father’s Organic Farm, Batang Kali, Selangor.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, hampir 700 anggota daripada pelbagai agensi terlibat dalam misi yang bermula awal pagi Jumaat lalu itu.

“Dewan ini amat terkesan dan sedih dengan kejadian yang melibatkan seramai 94 mangsa yang terdiri daripada warganegara kita termasuk kanak-kanak dan warga asing.

“Sehingga kini, seramai 61 mangsa telah berjaya ditemui dan sebanyak 24 mangsa telah dijumpai meninggal dunia di tempat kejadian, manakala 9 lagi masih tidak dijumpai,” katanya ketika membentangkan usul mengenai insiden tanah runtuh runtuh itu di Dewan Rakyat di sini pada Isnin.

Tambahnya, pihak berkuasa tempatan juga diarah untuk memantau dan mempertingkatkan keselamatan di tapak peranginan di negeri masing-masing.

Insiden tanah runtuh yang berlaku pada awal pagi Jumaat lalu, setakat ini mengorbankan 24 daripada keseluruhan 94 mangsa, 61 orang selamat dan sembilan masih hilang.

Ketika ini proses mencari dan menyelamat masih diteruskan di lokasi kejadian.

Sementara itu, Anwar dalam masa sama turut ucapan takziah kepada ahli keluarga Nur Hilwa Edrea Mohd Hariz Zaifan dari Terengganu yang menjadi mangsa banjir pada Ahad.

Artikel Berkaitan:

“Semua pihak juga dipohon berwaspada dan mengelakkan kawasan berisiko tinggi ketika musim tengkujuh dan monsun kali ini,” katanya.

Situasi banjir di lima negeri semakin buruk apabila jumlah mangsa meningkat kepada 26,326 orang daripada 7,693 keluarga yang ditempatkan di 296 pusat pemindahan sementara (PPS) setakat jam 11 pagi pada Isnin.

Berdasarkan portal Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Terengganu mencatatkan jumlah tertinggi seramai 13,819 orang diikuti Kelantan (12,343); Johor (75); Perak (49) dan Pahang (40).