Penduduk Terengganu diminta waspada banjir gelombang kedua

Hanafiah meninjau keadaan rumah penduduk yang digenangi air ketika banjir gelombang pertama di Kemaman.
Hanafiah meninjau keadaan rumah penduduk yang digenangi air ketika banjir gelombang pertama di Kemaman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penduduk Terengganu diminta berwaspada dengan banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku bermula 17 hingga 22 Disember nanti susulan ramalan hujan lebat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Terengganu, Hanafiah Mat berkata, berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi, hujan lebat melebihi 300 milimeter (mm) dijangka berlaku di Kemaman bermula tarikh tersebut.

Menurutnya, hujan lebat tersebut boleh menyebabkan banjir terutama di kawasan rendah dan berhampiran sungai.

“Oleh itu, saya harap semua penduduk di kawasan terlibat khususnya di Kemaman dapat membuat persediaan lebih awal dan sentiasa waspada dengan amaran dikeluarkan pihak berkuasa.

“Jika diminta berpindah, pindahlah dengan segera bagi mengelak bahaya,” katanya ketika dihubungi di sini pada Rabu.

Jelas Hanafiah, banjir gelombang pertama yang berlaku sejak 7 Disember melibatkan Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun, Besut dan Setiu telah tamat selepas semua pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup secara rasmi pada Rabu.

Sehubungan itu, beliau yang Exco Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu berkata, tumpuan sekarang diberikan kepada persediaan menghadapi banjir gelombang kedua.

“Persediaan banjir sudah dilakukan sejak awal dan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan sebanyak 580 PPS yang boleh menampung seramai 147,600 mangsa banjir di seluruh Terengganu,” katanya.

Artikel Berkaitan: