Banjir gelombang pertama Terengganu beransur pulih

Keadaan kawasan di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai di Kuala Terengganu yang dinaiki air akibat masalah sistem saliran dan hujan berterusan.
Keadaan kawasan di Kampung Padang Luar, Kuala Ibai di Kuala Terengganu yang dinaiki air akibat masalah sistem saliran dan hujan berterusan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Banjir gelombang pertama di Terengganu semakin pulih apabila seramai 64 mangsa dari 20 keluarga ditempatkan di dua buah pusat pemindahan sementara (PPS) di negeri itu sehingga Rabu.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu berkata, sehingga jam 10 pagi ini, dua buah PPS dibuka di daerah Kuala Terengganu dan Besut manakala sebuah PPS di Setiu (Surau Kampung Nyatoh) ditutup jam 10 pagi tadi.

Dua PPS masih dibuka di Kuala Terengganu iaitu di Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol (52 mangsa) manakala di Balai Raya Kampung Pantai, di Besut menempatkan 12 mangsa.

Kenyataan itu memberitahu, keadaan semasa cuaca di negeri itu pada Rabu mendung dan maklumat terkini berkenaan bencana banjir akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Sementara itu, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Terengganu, Leftenan Kolonel (PA) Mohd Rosman Abdullah berkata, Monsun Timur Laut melanda negara dijangka berlaku 7 November hingga akhir Mac 2023.

Sehubungan itu, katanya, orang ramai khususnya yang berada di lokasi berisiko diminta sentiasa berwaspada dan mengambil langkah awal berpindah sekiranya kawasan kediaman dinaiki air.

Artikel Berkaitan: