Bungwak Run 2019 bawa kelainan

Nurul Izzah (kanan) turut tidak ketinggalan menyertai larian Bungwalk 2019 di Kuala Kangsar, hari ini.
Nurul Izzah (kanan) turut tidak ketinggalan menyertai larian Bungwalk 2019 di Kuala Kangsar, hari ini.
A
A
A

KUALA KANGSAR - Bungwak Run 2019 menampilkan kelainan pada edisi keempat penganjurannya apabila disertai beberapa ahli Parlimen dalam memeriahkan acara tahunan sempena Old Boy Weekend (OBW) Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK).

Salah seorang pengasas Bungwak Run, Muazam Hadi Muhammad berkata, penganjuran acara larian sejauh 9.6 kilometer (km) itu mula diperkenalkan pada 2016 sebagai salah satu acara bagi memeriahkan OBW MCKK yang diadakan setiap tahun.

"Kita bermula pada 2016 dengan hanya 120 orang peserta sahaja dan jumlah tersebut terus meningkat setiap tahun. Bagi Bungwak Run kali ini seramai 225 peserta terlibat bukan sahaja alumni MCKK malah orang luar turut terlibat.

"Selain memeriahkan sambutan OBW MCKK, Bungwak Run juga bertujuan menarik lebih ramai alumni untuk pulang bersama-sama memeriahkan OBW," katanya ketika ditemui Sinar Harian selepas tamat acara berkenaan, di sini, semalam.

Muazam
Muazam

Menurut Muazam, Bungwak Run 2019 membawa kelainan dengan menampilkan beberapa ahli Parlimen dalam larian bergilir-gilir melibatkan tiga peserta setiap kumpulan dengan jarak 1.6km seorang.

"Antaranya ialah Ahli Parlimen Serdang yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming; Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar; Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Artikel Berkaitan:

"Apa yang menarik Kiang Ming, Nik Nazmi dan Khairy berada dalam satu pasukan yang sama menggunakan nama Whybe menolak fahaman politik masing-masing dalam memeriahkan acara ini," katanya.

Sementara itu, Pengarah Bungwak Run 2019, Maswari Johare berkata, semua peserta larian dilepaskan pada jam 7.30 pagi dan menamatkan larian pada jam 8.50 pagi tanpa sebarang kecederaan.

"Alhamdulillah Bungwak Run 2019 kali ini berjalan dengan lancar dan semua peserta memberi komitmen luar biasa dan saya ucapkan terima kasih serta syabas kepada semua yang terlibat.

"Kami berharap untuk Bungwak Run 2020 akan mendapat sambutan lebih ramai lagi berbanding tahun ini," katanya.

Para peserta Bungwak Run 2019 mengambil kesempatan bergambar dengan Khairy Jamaluddin (tiga dari kanan) di Kuala Kangsar, hari ini.
Para peserta Bungwak Run 2019 mengambil kesempatan bergambar dengan Khairy Jamaluddin (tiga dari kanan) di Kuala Kangsar, hari ini.

Dalam pada itu, Khairy Jamaluddin menyifatkan Bungwak Run 2019 sebagai salah satu acara yang begitu hebat dan turut memuji penganjur pada edisi kali ini.

"Bungwak Run 2019 merupakan acara yang hebat begitu juga penganjurnya, tahniah saya ucapkan," katanya.