Jambatan Kampung Nangkawangan sudah lama siap

Arthur menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang cubaan mendapatkan dana kerana jambatan gantung Kampung Nangkawangan sudah siap sepenuhnya sejak Julai lalu.
Arthur menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang cubaan mendapatkan dana kerana jambatan gantung Kampung Nangkawangan sudah siap sepenuhnya sejak Julai lalu.
A
A
A

KOTA KINABALU - Jambatan gantung untuk kegunaan penduduk Kampung Nangkawangan dan sekitarnya di Nabawan telah siap dibina sejak Julai lalu, kata Ahli Parlimen Pensiangan, Datuk Arthur Joseph Kurup.

Ia sekali gus menolak dakwaan pihak tertentu bahawa dana diperlukan untuk pembinaan jambatan itu seperti yang tular di aplikasi TikTok.

Arthur berkata, lawatan telah dilakukan bagi memastikan jambatan itu siap dibina dan boleh digunakan penduduk terutama murid untuk ke sekolah.

Jambatan gantung baharu di Kampung Nangkawangan, Nabawan.
Jambatan gantung baharu di Kampung Nangkawangan, Nabawan.

"Saya melawat ke kawasan apabila berlaku banjir besar yang telah merosakkan jambatan gantung sebelum ini.

"Hasil daripada tindakan yang pantas kita berjaya membina satu jambatan gantung yang baharu untuk kegunaan semua penduduk," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Beliau berkata demikian ketika diminta penjelasan berhubung perkembangan pembinaan jambatan itu berikutan hantaran seorang pengguna TikTok yang sedang giat mengumpul dana untuk pembinaan jambatan berkenaan.

Sehubungan itu, Arthur yang juga bekas Timbalan Menteri Kerja Raya menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang cubaan untuk mendapatkan dana bagi tujuan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

Papan tanda projek yang memaparkan tarikh mula dan siap jambatan gantung di Kampung Nangkawangan.
Papan tanda projek yang memaparkan tarikh mula dan siap jambatan gantung di Kampung Nangkawangan.

"Individu dalam video TikTok ini menggunakan video lama untuk kumpul duit derma daripada orang ramai. Saya rasa orang ini perlu diambil tindakan.

"Amaran perlu diberikan kepada individu yang buat video TikTok ini," tegasnya.

Pada April lalu tular di media sosial murid sekolah terpaksa menggunakan rakit dan 'zip line' untuk ke sekolah selepas jambatan yang digunakan sebelum ini rosak akibat banjir yang melanda di kawasan itu.

Bagaimanapun, Arthur memaklumkan bahawa peruntukan kecemasan telah disalurkan untuk kerja pembinaan jambatan berkenaan.