Banjir Sabah: Mangsa terus meningkat kepada 4,458 orang petang ini

Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,458 orang setakat jam 4 petang pada Khamis
Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,458 orang setakat jam 4 petang pada Khamis
A
A
A

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di Sabah terus mencatatkan peningkatan kepada 4,458 orang setakat 4 petang ini berbanding 3,617 yang direkodkan pada 12 tengah hari tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan semua mangsa daripada 1,505 keluarga itu ditempatkan di 22 pusat pemindahan yang beroperasi di lima daerah.

Berdasarkan data terkini, daerah Tenom terus merekodkan mangsa tertinggi dengan peningkatan kepada 2,406 orang daripada 795 keluarga yang berlindung di 13 pusat pemindahan sementara (PPS).

Jumlah mangsa di daerah Beaufort turut mencatatkan peningkatan kepada 1,231 orang daripada 384 keluarga yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Kekal (PPK) Selagon, PPS Dewan DUN Banir dan PPS baharu yang dibuka iaitu Dewan Kesenian dan Kebudayaan Bisaya.

Situasi banjir di tiga daerah iaitu Sipitang, Membakut dan Sook tidak menunjukkan sebarang perubahan jumlah mangsa berbanding tengah hari tadi.

Sipitang kekal merekodkan 421 mangsa daripada 176 keluarga diikuti Membakut (321 mangsa daripada 125 keluarga dan Sook (79 mangsa daripada 25 keluarga.

Secara keseluruhan, jumlah kampung yang terjejas akibat bencana banjir di kelima-lima daerah kekal 146 dan setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. - Bernama

 

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Jumlah mangsa banjir di Sabah meningkat kepada 4,458 orang
  • Mangsa banjir daripada 1,505 keluarga ditempatkan di 22 pusat pemindahan di lima daerah
  • Daerah Tenom merekodkan mangsa tertinggi dengan 2,406 orang
  • Di Beaufort, jumlah mangsa adalah 1,231 orang
  • Secara keseluruhan, 146 kampung terjejas dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!