Banjir Sabah: 27 sekolah di enam daerah terjejas-Raisin

KOTA KINABALU - Sebanyak 27 sekolah di enam daerah di negeri ini terjejas akibat banjir, termasuk Beaufort, Tenom dan Sipitang yang baharu diisytiharkan sebagai lokasi bencana pada Rabu.
Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin berkata, sekolah yang terlibat berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Beluran, Beaufort, Tenom, Sipitang, Papar dan Tawau.

"PPD Beluran merekodkan lima sekolah terjejas, manakala PPD Beaufort mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 sekolah.
"PPD Tenom dan PPD Sipitang masing-masing melibatkan tiga sekolah, diikuti PPD Papar dan Tawau dengan masing-masing sebuah sekolah terjejas," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Dalam perkembangan sama, beliau berkata, tujuh lagi sekolah tidak dapat beroperasi apabila bangunan sekolah dijadikan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.
"Tiga sekolah terlibat di bawah PPD Beluran dan empat lagi di bawah PPD Pitas," katanya.
Ringkasan AI
- KOTA KINABALU - Sebanyak 27 sekolah di enam daerah di negeri ini terjejas akibat banjir
- Sekolah yang terlibat berada di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Beluran, Beaufort, Tenom, Sipitang, Papar dan Tawau
- PPD Beaufort mencatat jumlah tertinggi iaitu 14 sekolah terjejas
- Tujuh lagi sekolah tidak dapat beroperasi sebagai bangunan sekolah dijadikan pusat pemindahan sementara bagi mangsa banjir
- Tiga sekolah di bawah PPD Beluran dan empat lagi di bawah PPD Pitas terlibat sebagai pusat pemindahan sementara
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
