PRN: Ahli Parlimen tak setuju tindakan Zahid umum peruntukan

JOHOR BAHRU - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim tidak bersetuju tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan peruntukan kepada Majlis Belia Negeri Terengganu dalam program di negeri itu pada Jumaat.
Menurut beliau, ini kerana perkara tersebut diumumkan menjelang kempen pilihan raya negeri (PRN).
"Sebagai ahli Parlimen, saya tak setuju pengumuman geran tambahan oleh TPM (Timbalan Perdana Menteri) Zahid Hamidi di Terengganu ketika kempen pilihan raya.
"Rasuah itu isu legal dan persepsi. Rasuah berkait soal etika, bukan legal semata-mata. Pilihan raya tanpa rasuah adalah pilihan raya yang adil dan bersih," ciapnya dalam Twitter miliknya pada Isnin.