Martabatkan wanita, orang muda

NAFAS lancar logo Peladangnita dan Peladang Muda

A
A
A

Haslina menyaksikan penyampaian replika cek daripada PPK Kuala Selangor yang merekodkan pelaburan tertinggi iaitu RM6,062,364.
Haslina menyaksikan penyampaian replika cek daripada PPK Kuala Selangor yang merekodkan pelaburan tertinggi iaitu RM6,062,364.

PUTRAJAYA - Bersempena dengan Mesyuarat Agung Tahunan Ke-49, Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) melancarkan logo Pertubuhan Peladang Kebangsaan (PPK) Wanita (Peladangnita) dan Peladang Muda.

Majlis itu disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI), Datuk Haslina Abdul Hamid di sebuah hotel, dekat sini pada Rabu.

Turut hadir, Pengerusi Jemaah Nafas, Datuk Zamri Yaakob, Ketua Pengarah Lembaga Pertubuhan Peladang, Datuk Azulita Salim.

Logo Peladangnita yang diciptakan oleh Pensyarah Universiti Teknologi Mara Kedah, Zaidi Yusoff itu sebagai simbolik memartabatkan golongan wanita dalam kehidupan dan kerjaya.

Haslina menunjukkan isyarat ‘bagus’ selepas melancarkan Logo Peladangnita dan Peladang Muda, pada Rabu.
Haslina menunjukkan isyarat ‘bagus’ selepas melancarkan Logo Peladangnita dan Peladang Muda, pada Rabu.



Sementara itu, logo Peladang Muda pula simbolik kepada semangat dan kekuatan rantaian Kumpulan Peladang Muda Kebangsaan ciptaan oleh Jawatankuasa Kumpulan Peladang Muda, Mohd Kamal Ulum Morsin.

Artikel Berkaitan:

Pada majlis sama, NAFAS turut menerima replika cek bagi tambahan pelaburan Skim Pelaburan Khas Peladang - Dana Kebangsaan sehingga November.

PPK Kuala Selangor merekodkan pelaburan tertinggi iaitu RM6,062,364 disusuli PPK Simpang Lima (RM1,541,500) dan PPK Hutan Melintang (RM1,539,478).

Haslina (kanan) bersama Azulita (dua dari kanan) dan Zamri (kiri) ketika tiba di majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di sini.
Haslina (kanan) bersama Azulita (dua dari kanan) dan Zamri (kiri) ketika tiba di majlis berkenaan yang berlangsung di sebuah hotel di sini.

Zamri ketika ditemui berkata, NAFAS menyasarkan keahlian lebih ramai lagi bagi kedua-dua sayap pertubuhan itu.

“Peladangnita mempunyai 350,000 keahlian yang terdiri daripada ahli wanita berusia 40 tahun ke atas manakala keahlian Peladang Muda seramai 100,000 terbuka kepada ahli peladang lelaki dan wanita berusia 18 hingga 40 tahun,” katanya.

Tingkatkan prestasi

Menurut Zamri, NAFAS sentiasa berusaha mempertingkatkan prestasi untuk menjadi lebih kukuh dengan mempelbagaikan aktiviti pelaburan alternatif serta meneroka produk pembiayaan baharu.

ZAMRI
ZAMRI

“NAFAS merupakan sebuah entiti yang unik dan mempunyai matlamat yang tersendiri dalam menjaga kepentingan masyarakat peladang walaupun terdapat pelbagai cabaran dan persaingan daripada industri luar,” ujarnya.

Beliau berkata, NAFAS mengimpikan keuntungan demi menjaga kepentingan ahli dalam konteks sosial dan kebajikan ahli.

“Dengan iltizam dan semangat juang tinggi serta amanah yang digalas bagi menjanjikan masa hadapan hampir 965,195 ahli peladang, 279 PPK dan 14 PPN, NAFAS menjadi institusi utama dan memberi sumbangan besar dalam memperjuangkan masyarakat peladang,” katanya.

Sebahagian perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Nafas Ke-49 Tahun 2022 di Putrajaya, pada Rabu.
Sebahagian perwakilan yang hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Nafas Ke-49 Tahun 2022 di Putrajaya, pada Rabu.

Ujar Zamri, langkah itu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi khususnya dalam sektor pertanian dan industri makanan lebih-lebih lagi dalam situasi semasa pasca pandemik.

“Walaupun kedengaran berat dan pahit, namun inilah kenyataan yang kita semua hadapi. Bermula dengan tercetusnya pandemik Covid-19, sehingga ke hari ini merupakan tahun yang mencabar dengan situasi ketidaktentuan ekonomi dunia yang berlarutan,” katanya.

HASLINA
HASLINA

Sementara itu, Haslina dalam ucapannya berkata, penglibatan dan peranan NAFAS untuk menerajui keseluruhan rantaian nilai agromakanan perlulah dilihat dalam ruang lingkup yang lebih luas.

“Ia termasuklah mengambil kira kerjasama dengan pihak swasta yang saya percaya sudah pun menjadi antara agenda yang sedang dilaksanakan,” tambahnya.

Beliau berkata, MAFI berharap supaya dengan adanya rantaian nilai yang tangkas serta berdaya tahan, perniagaan dapat dipacu untuk menembusi ruang pasaran baharu bagi memenuhi bukan sahaja keperluan semasa negara, malah pada masa akan datang.