Polemik logo, tema Hari Kebangsaan 2023 'childish' - KJ

Khairy Jamaluddin
Khairy Jamaluddin
A
A
A

SHAH ALAM - Isu berbangkit mengenai tema dan slogan Hari Kebangsaan 2023 antara blok kerajaan dan pembangkang disifatkan sebagai kebudak-budakan.

Bekas Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, konflik tersebut juga menjadi bukti berlaku perpecahan di negara ini.

"Ini satu lagi bukti negara kita berpecah sampai logo dan tema bulan kemerdekaan pun jadi polemik.

"Bagi saya sangat childish, bagi saya termasuk dua-dua belah pihak termasuk pentaksub dua-dua belah pihak," menerusi Program Keluar Sekejap disiarkan di Youtube pada Isnin.

Dalam pada itu, Khairy turut membangkitkan isu tema dan logo Hari Kebangsaan yang mencetuskan polemik bukan perkara baharu, sebaliknya pernah dilakukan kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) sebelum ini.

"Pada tahun 2012 dah mula tema Merdeka 55 iaitu 1Malaysia Janji Ditepati dan ketika itu Pakatan Rakyat keluar dengan slogan Sebangsa, Senegara, Sejiwa.

"Dah mula la daripada situ bukan saya nak ungkit benda lama, Pas pun ada dalam tu.

"Selangor pun ada tema dan logo dia sendiri. Kini menteri-menteri kata cabul semangat federalisme - 'come on' lah dulu pun kamu buat, jadi dua-dua salah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Khairy secara berseleroh berkata, slogan Hari Kebangsaan di Malaysia adalah sesuatu yang sangat penting.

"Kalau tak dak slogon bulan merdeka boleh ada rusuhan.

"Pakailah apa sahaja kerajaan dah putuskan," katanya.

Media melaporkan Ketua Pemuda PN, Ahmad Fadhli Shaari, berkata Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu yang diperintah parti itu berkemungkinan menggunakan logo dan tema alternatif yang dilancarkan Pemuda PN yang dilancarkan baru-baru ini.

Tema 'Teguh Muafakat Malaysia Sejahtera' dan logo dengan elemen bunga raya akan digunakan.

Cadangan Pemuda PN itu, berikutan tema Hari Kebangsaan yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ didakwa mempunyai perkataan yang diulang-ulang semasa kempen politik.

Justeru, penggunaan logo dan tema alternatif itu tercetus apabila melihat kerajaan pusat telah mempolitikkan sambutan Hari Kebangsaan yang secara terang-terangan berbaur politik kepartian.