Pemandu lori diberkas kes pecah sekolah, kedai

Ahmad Ridhwan (kanan) menunjukkan rampasan dadah susulan penahanan seorang lelaki di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Sabtu lalu.
Ahmad Ridhwan (kanan) menunjukkan rampasan dadah susulan penahanan seorang lelaki di Bandar Saujana Putra, Kuala Langat pada Sabtu lalu.
A
A
A

KUALA LANGAT - Polis memberkas seorang pemandu lori di Banting, di sini pada Ahad dipercayai terlibat enam kes pecah sekolah dan premis yang melibatkan kerugian RM40,000.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd Nor berkata, suspek berusia 38 tahun itu ditahan kira-kira jam 3.20 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat.

"Semakan mendapati suspek yang bekerja sebagai pemandu lori itu memiliki rekod lampau bersabit kes jenayah dan dadah.

"Soal siasat mendapati suspek aktif dalam kegiatan jenayah sejak tiga bulan lalu," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata, dengan penahanan lelaki tempatan itu, polis sekurang-kurangnya telah menyelesaikan lima kes pecah sekolah dan satu kes pecah kedai di sekitar Banting yang membabitkan kerugian kira-kira RM40,000.

Katanya, suspek kini direman lima hari sehingga Jumaat untuk siasatan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, polis merampas dadah bernilai RM3,800 susulan penahanan seorang lelaki berusia 40 tahun di Bandar Saujana Putra, di sini Sabtu lalu.

"Sebanyak 34 paket plastik lut sinar berisi dadah jenis syabu, heroin selain pil yaba telah dirampas.

Artikel Berkaitan:

"Suspek yang memiliki tiga rekod lampau kes dadah dan tiga jenayah telah direman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952," tegasnya.