Pemandu lori maut, 22 penumpang bas selamat

Seorang pemandu lori maut manakala 22 penumpang bas terselamat dalam kemalangan di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai pada malam Isnin.
Seorang pemandu lori maut manakala 22 penumpang bas terselamat dalam kemalangan di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di Kuala Krai pada malam Isnin.
A
A
A

KUALA KRAI - Seorang pemandu lori maut manakala 22 penumpang bas terselamat dalam kemalangan di Kilometer 60 Jalan Kota Bharu-Gua Musang di sini pada malam Isnin.

Kemalangan pada jam 10.40 malam itu menyebabkan pemandu lori maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah.

Bagaimanapun, kelindan dan pemandu bas mengalami kecederaan ringan.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamed berkata, siasatan awal mendapati lori tersebut dalam perjalanan dari Gua Musang menghala ke Kota Bharu manakala bas dari Kota Bharu ke Seremban.

"Sejurus tiba di lokasi, lori tersebut telah bertembung dengan bas. Pelanggaran itu mengakibatkan bas terbabit bergerak ke sebelah kiri jalan lalu melanggar penghadang keselamatan.

"Akibat pelanggaran tersebut, pemandu lori telah meninggal dunia di tempat kejadian dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk bedah siasat," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Menurut beliau, kesemua penumpang bas tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibawa oleh pihak syarikat tersebut ke lokasi dituju dengan selamat.

Suzaimi memberitahu, kes disiasat bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan ini diminta tampil menyalurkan maklumat di Balai Polis Trafik IPD Kuala Krai atau boleh berhubung di talian 010-8491664.