PRU15: SPRM terima 11 aduan rasuah, salah guna kuasa

Azam Baki
Azam Baki
A
A
A

KOTA BHARU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima 11 aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa sejak bermula penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 5 November lalu.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, maklumat yang diterima melalui bilik gerakannya itu akan dikaji dan diteliti untuk siasatan di bawah akta SPRM.

"Jumlah itu diterima sepanjang tempoh berkempen lebih seminggu lalu secara bersemuka dan melalui media," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pengurniaan Kehormatan Kelantan Sempena Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Kelantan V yang ke-53 di Istana Balai Besar pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azam bagaimanapun memberitahu, tidak semua maklumat diambil kerana pihaknya akan meneliti perkara yang disalurkan dengan betul.

"Bukan semua... kerana ada maklumat yang hanya cakap-sahaja," ujarnya.

SPRM pada 5 November melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bagi orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

SPRM dalam kenyataannya menyebut, semua bilik gerakan itu akan beroperasi 24 jam dari 5 November hingga 19 November ini dan boleh dihubungi menerusi talian Ibu Pejabat SPRM di 03-889110372 serta pejabat negeri.

Artikel Berkaitan: