Didakwa salah guna kuasa dapatkan kontrak untuk adik

Aziedy (kiri) ketika keluar dari mahkamah selepas dibenarkan diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
Aziedy (kiri) ketika keluar dari mahkamah selepas dibenarkan diikat jamin RM20,000 bagi kedua-dua pertuduhan.
A
A
A

BUTTERWORTH - Seorang pengurus teknologi maklumat (IT) mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan menyalahgunakan kuasa membabitkan kontrak bernilai RM415,397 pada 2016.

Tertuduh, Aziedy Abdul Talib, 42 membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Bagi pertuduhan pertama, Aziedy yang ketika itu menjawat jawatan Ketua Pegawai Operasi dan memangku tugas Ketua Pegawai Eksekutif di Mutiara.Com Sdn Bhd didakwa telah menggunakan jawatannya bagi mendapatkan suapan bagi adik kandungnya, Mohamad Arif Abdul Talib apabila meluluskan syarikat ATR Resources Enterprise sebagai pembekal peralatan kamera litar tertutup (CCTV) bagi projek Pangsapuri Sri Bayu bernilai RM223,586.

Manakala bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan yang sama apabila meluluskan syarikat milik adiknya itu sebagai pembekal bagi kerja-kerja pemasangan intercom bagi projek Pangsapuri Sri Bayu bernilai RM191,811.