PRU15: SPRM lancar bilik gerakan

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarkan bilik gerakan di seluruh negara bermula pada Sabtu.

Menerusi kenyataan SPRM, inisiatif tersebut bagi memudahkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa yang berlaku pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Kesemua bilik gerakan tersebut akan beroperasi 24 jam mulai hari ini hingga 19 November," katanya.

Bilik gerakan tersebut boleh dihubungi menerusi talian Ibu Pejabat SPRM 03-8891 1037, Pejabat SPRM Kuala Lumpur (03-9206 5195) Pejabat SPRM Selangor (03-5524 8318), Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-762 5446), Pejabat SPRM Melaka (06-289 6011) dan Pejabat SPRM Johor (07-231 6170).

Pejabat SPRM Perak 012-490 5986,Pejabat SPRM Pahang (09-571 6027), Pejabat SPRM Kedah (04-700 1880), Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-229 9262), Pejabat SPRM Terengganu (09-630 1920), Pejabat SPRM Kelantan (09-766 1970), Pejabat SPRM Perlis (04-976 3982), Pejabat SPRM Sabah (088-488 381), Pejabat SPRM Sarawak (082-467 701) dan Pejabat SPRM Labuan (087-427 198).

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang aduan berkaitan rasuah dan salah guna kuasa menerusi emel pru15@sprm.gov.my.

"SPRM juga mengingatkan semua calon dan parti politik yang bertanding agar tidak melakukan aktiviti-aktiviti yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras dengan Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012)," katanya.

Artikel Berkaitan: