30 minit terperangkap dalam lif

Semua mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.
Semua mangsa berjaya dikeluarkan dalam keadaan selamat.
A
A
A

BAYAN LEPAS – Seramai 13 individu yang terperangkap dalam sebuah lif di sebuah pangsapuri di Mutiara Perdana di sini berjaya diselamatkan oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia pada Sabtu.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian lif terhenti di tingkat 15 di Pangsapuri Akasia, Lengkok Kelicap pada jam 5.14 petang.

Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bayan Baru tiba di lokasi pada jam 5.26 petang namun operasi mengambil sedikit masa berikutan kejadian berlaku di tingkat paling atas bangunan.

“Anggota terpaksa menaiki tangga ke tingkat 15 kerana satu lagi lif di bangunan berkenaan juga mengalami kerosakan.

“Komander operasi kemudian melakukan penilaian awal dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) lengkap sebelum menjalankan kerja menyelamat menggunakan peralatan khas termasuk kunci lif. Pintu lif berjaya dibuka dalam tempoh dua minit,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, semua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 5.45 petang dalam keadaan selamat.

"Mangsa terdiri daripada lapan lelaki dan lima perempuan.

"Operasi yang melibatkan enam anggota bersama sebuah jentera FRT tamat sepenuhnya pada jam 5.52 petang sebelum lokasi diserahkan kepada pihak pengurusan bangunan untuk tindakan lanjut," ujarnya.

 

Artikel Berkaitan:

Ringkasan AI

  • Seramai 13 individu terperangkap dalam lif di Pangsapuri Mutiara Perdana berhasil diselamatkan oleh Bomba
  • Kejadian berlaku pada tingkat 15, panggilan kecemasan diterima pada jam 5.14 petang
  • Pasukan dari BBP Bayan Baru tiba di lokasi dalam masa 12 minit
  • Operasi menyelamat menggunakan peralatan khusus, pintu lif dibuka dalam dua minit
  • Kesemua mangsa, terdiri daripada lapan lelaki dan lima wanita, selamat dikeluarkan pada jam 5.45 petang

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!