Penolong pegawai tadbir, isteri ditahan disyaki salah guna kuasa

KUALA TERENGGANU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu menahan seorang Penolong Pegawai Tadbir Kanan di sebuah jabatan kerajaan Terengganu dan isterinya kerana disyaki menyalah guna kuasa.
Penjawat awam itu dipercayai memberi kira-kira 70 perolehan pembaikan kenderaan dianggarkan bernilai RM130,000 kepada syarikat yang berkepentingan dengannya.
Menurut sumber, suspek dikatakan memberikan perolehan itu kepada syarikat milik isterinya selain turut mengesyorkan kerja-kerja pembaikan kenderaan jabatan berkenaan kepada bengkel yang dimiliki oleh sebuah koperasi di mana suspek merupakan ahli lembaga koperasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perdagangan di koperasi tersebut.
Katanya, kes itu dipercayai berlaku sejak 2021 hingga 2022.