Penolong pegawai tadbir direman 6 hari kes salah guna kuasa

Suspek (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa bagi permohonan reman.
Suspek (kiri) dibawa ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Selasa bagi permohonan reman.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Seorang penolong pegawai tadbir kanan di sebuah jabatan kerajaan negeri direman selama enam hari bermula Selasa bagi membantu siasatan berhubung kes salah guna kuasa dipercayai berlaku sejak 2021 hingga 2022.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood.

Penjawat awam itu disyaki memberi kira-kira 70 perolehan pembaikan kenderaan bernilai kira-kira RM130,000 kepada syarikat milik isterinya.

Selain itu, suspek turut mengesyorkan kerja-kerja pembaikan kenderaan jabatan berkenaan kepada bengkel yang dimiliki oleh sebuah koperasi di mana suspek merupakan ahli lembaga koperasi merangkap Setiausaha Jawatankuasa Perdagangan di koperasi tersebut.

Suspek berusia lingkungan lewat 50-an itu sebelum ini ditahan ketika hadir memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu kira-kira jam 11 pagi pada Isnin.

Kes berkenaan disiasat bawah Seksyen 23 (1) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan: