Rapid Rail jalani satu lagi ujian libat LRT terjejas esok

Ka Siong ketika sidang media di Kompleks Rapid Rail, Petaling Jaya pada Jumaat.
Ka Siong ketika sidang media di Kompleks Rapid Rail, Petaling Jaya pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - [KEMAS KINI] Rapid Rail Sdn Bhd akan menjalankan satu lagi ujian terhadap Transit Aliran Ringan (LRT) di stesen yang terjejas pada Sabtu sebelum diputuskan ia selamat digunakan kembali atau sebaliknya.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, ujian tersebut akan melibatkan 24 tren dan 37 stesen dari sekitar Gombak ke Putra Height.

"Kalau ia berjaya, satu pengumuman akan dikeluarkan pada jam 6 petang esok (Sabtu) kepada orang ramai," katanya dalam satu sidang media Kompleks Rapid Rail di sini.

Sebelum ini, sekumpulan pasukan pakar dan jurutera luar negara, Thales Group Kanada telah menyertai kumpulan jurutera Rapid Rail bagi mempercepatkan proses baik pulih gangguan sistem tersebut.

Sementara itu, Ka Siong juga menjelaskan bahawa satu pampasan dalam bentuk lanjutan tempoh sah laku pas LRT itu akan diberikan kepada pengguna mengikut hari yang tidak dapat diguna.

"Saya kira tidak adillah kalau dia tidak dapat gunakan pas tersebut selama seminggu tapi tetap kena bayar," ujarnya.

"Meskipun ada sedikit kerugian namun ia merupakan isu syarikat.

Bagaimanapun tambah beliau, bagi yang tidak mempunyai pas tersebut, beberapa kaedah lain bagi menggantikannya akan diumumkan dalam masa terdekat.

Artikel Berkaitan:

Ka Siong ketika ditanya adakah masalah gangguan LRT itu berpunca daripada sabotaj pihak lain, beliau tidak menafikannya.

Jelasnya, kumpulan Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang terlibat dalam urus tadbir ini sedang menyiasatnya.

"Saya tidak mahu berbuat apa-apa andaian cuma setakat ini masalah teknikal sahaja yang didapati," ujar Ka Siong.

Kata beliau, pada masa yang sama, satu syarikat perunding bebas untuk meneliti sama hal tersebut telah dilantik.