Bekas pekerja Perwaja Steel tuntut pampasan RM9.4 juta

Sebahagian bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut tunggakan gaji dan pampasan di hadapan pintu utama PSSB di Teluk Kalong, Kemaman pada Rabu
Sebahagian bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd mengadakan perhimpunan aman bagi menuntut tunggakan gaji dan pampasan di hadapan pintu utama PSSB di Teluk Kalong, Kemaman pada Rabu
A
A
A

KEMAMAN - Seramai 252 bekas pekerja Perwaja Steel Sdn Bhd (PSSB) menuntut tunggakan gaji dan pampasan berjumlah lebih RM9.4 juta.

Satu perhimpunan secara aman diadakan di hadapan pintu utama PSSB di Teluk Kalong, pada Rabu bagi mendesak dan menyuarakan nasib kesemua bekas pekerja yang sudah menunggu sejak lapan tahun.

Wakil bekas pekerja, Hamdan Khalid berkata, satu jawatankuasa telah ditubuhkan dan seorang peguam dari Nazri Yahya & Co dilantik bagi meneruskan tuntutan tersebut.

"Gaji pekerja juga tertunggak beberapa bulan dan pampasan tidak dilunaskan sehingga sekarang.

"Ada sebahagian bekas pekerja sudah meninggal dunia dan perkara ini amat dikesali kerana rata-rata bekas pekerja berkhidmat lebih 25 tahun," katanya.

Peguam dilantik, Wan Syahir Azmir Wan Mohd Razi berkata, masalah berkenaan boleh diselesaikan di luar mahkamah sekiranya pihak syarikat memberi kerjasama.

"Kami sedang memperhalusi dan mengumpul maklumat serta dokumen yang ada.

"Sekiranya didapati ada kecurangan berlaku daripada mana-mana pihak, kami akan bawa ke muka pengadilan dan mahkamah akan tentukan segalanya.

Artikel Berkaitan:

"Buat masa sekarang kita cuba selesaikan di luar mahkamah dan sekiranya gagal kami akan teruskan dengan tindakan undang-undang sewajarnya," katanya.

Katanya, pada April 2022 sebahagian bekas pekerja iaitu seramai 709 telah menerima pampasan dan bayaran gaji tertunggak bernilai RM8.6 juta disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!